Saturday, June 20, 2009


transit di KLIA sebelum berlepas ke Sarawak




Monday, September 17, 2007

Sinar Cahaya Ayat Kursi

1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring ditempat titdurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang malaikat memelihara hingga subuh.

2. Barang siapa membaca ayat Al Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap sembahyang ,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap2 sembahyang fardhu ,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur , setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya , maka Allah SWT mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya- mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya


Dari Abdullah bin 'Amr.r.a Rasulullah S.A.W bersabda, sampaikan pesanku biarpun satu ayat
di UMW KB 17 September 2007.

Sunday, May 06, 2007

NUJ mahu kerajaan iktiraf blog sebagai media baru
Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) mahu kerajaan mengiktiraf kewujudan laporan dalam internet dan blog sebagai media baru bagi menyebarkan maklumat.
Presiden NUJ Norila Mohd Daud berkata fenomena mendapatkan maklumat menerusi internet memberi kesan yang amat besar dan ini menjadi sumber maklumat alternatif isu-isu semasa yang menyentuh masyarakat di negara ini.
"Penggunaan internet dan konsep dunia tanpa sempadan yang tidak ditapis telah menjadikan maklumat lebih mudah diperoleh oleh sesiapa jua. Demikian halnya, apa jua penyalahgunaan oleh penjawat awam boleh didedahkan segera dalam internet" katanya dalam satu kenyataan Rabu, sempena Hari Kebebasan Akhbar Antarabangsa yang akan disambut Khamis.
Beliau berkata ini selaras dengan misi kerajaan yang mahu memastikan akauntabiliti dan ketelusan serta meningkatkan sistem penyampaian yang lebih baik.
Bernama melaporkan pada masa yang sama, Norila berkata perkembangan saluran media baru ini telah mempengaruhi media arus perdana dan mengubah dunia kewartawanan pada masa kini.
"Melihat kepada perkembangan terkini, NUJ berpendapat kerajaan harus memberikan lebih kebebasan kepada akhbar tempatan dengan meminda beberapa undang-undang yang menyekat seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Rahsia Rasmi (OSA)," katanya.
NUJ berpendapat bahawa penggubalan Akta Kebebasan Maklumat akan dapat meningkatkan penyaluran maklumat antara jabatan kerajaan, media dan orang ramai, kata Norila .-2/5/2007

Monday, April 23, 2007

peserta sedang tekun membuat modul pengajaran

KURSUS APLIKASI INTERNET DAN BROADBAND KUMPULAN 20 BAGI GURU-GURU SEJARAH DAN SUBJEK TEKNIK VOKASIONAL PPD BACHOK

Kursus ini telah dijalankan di Duta Beach Village Kuantan,Pahang. Seramai 54 orang guru telah menghadiri kursus ini. Para guru telah mendapat banyak pendedahan tenatang aplikasi ict dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran mereka.
Selamat berkursus.

Wednesday, March 21, 2007

Tuesday, March 20, 2007




KURSUS APLIKASI ICT DAN BROADBAND UNTUK GURU PPD KUALA KRAI
kursus ini bermula pada 19 Mac sehingga 22 Mac 2007 di Hotel CoptHorne Pulau Pinang.
Dihadiri oleh 60 orang peserta terdiri daripada guru-guru daerah Kuala Krai.
"Selamat Berkursus........

Sunday, December 03, 2006

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ‘kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat
kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” . Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.